ASSALAMUALAIKUM ,
cerita kami kembali !!! <3 SABAH * KUALA LUMPUR <3
sebelum aku menceritakan tentang kisah kami berdua , kita mulai dengan berdoa , ok +_+
BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIMM... Ya ALLAH , sejukkanlah sesiapa pun yang resah hatinya , kami mohon kepada engkau . YA ALLAH , sembuhkanlah sesiapapun memiliki luka di hatinya , berikanlah ketenangan dan ketenteraman di hatinya untuk kebahagiaan dirinya dan keluarga di dunia dan di akhirat . aminn .
SELEPAS SPM :
~kami berhubung sebelum ambil keputusan sehingga tibanya ambil keputusan SPM ! debaran semakin terasa , kami takut . kami akan berubah hati antara satu sama lain bila kami dapat tahu tentang keputusan kami . btw , kami ada telepon-telefon..
~setelah aku mengambil keputusan sPM , aku terkejut sangat-sangat dengan keputusan aku . tetapi ALHAMDULILLAH tiada gagal :) hemmph, husna baik sangad !!! sebab husna bagi semua A pada orang lain :) hehe...
~btw, dia ada telepon aku :) , dia menanyakan tentang result aku ! aku banyak sangat mengelat. haha .. tapi , sejujurnya aku JELEZ sikit sebab keputusan dia lagi tinggi dari aku . BAHASA INGGERIS yang aku paling benci pun dye boleh score tinggi ! aduuIIhhh!! ada jugak orang minat mata pelajaran yang paling aku benci ! haha .
~btw,kami berdua still tetap bersama :) walaupun keputusan BOLEY la ! haha..
~hemm, tp..! sejak kami tau keputusan masing-masing , kami dah jarang mesej , jarang kol . hmmph! kami sibuk dengan kerja masing - masing . dia pula kerja yang meletihkan dan balik lewat. kesian kat dia . tp aku rindu sangad-sangat padanya. ALLAH jela yang tahu bagaimana keadaan ku dan keadaanya disana.
~ YA ALLAH , selamatkanlah hubungan kami berdua :') amIInnN !
iNIeY lAh kAmiE ! (hensem tak aku ? , cute tak dia ?)
inilah kami ! <3
(bersyukur di atas apa kurniaan allah)
(bersyukur di atas apa kurniaan allah)
haihh! rindunya kat dia :3 oOopps, tak boleh rindu lebih-lebih nanti berdosa :) sebab kami tiada ikatan perkahwinan or pertunangan lagi . so kena beringat selalu la. masa masih jauh lagi :) jangan main-main dengan cinta sebab akan binasa di kemudiaan hari ! haha, tetibe jewP!
cube singkap balik cerita NABI YUSUF dan ZULAIKHA :')
romantik kan mereka ^_^
Ketika membaca kisah cinta Zulaikha dgn Nabi yusuf ini teringat tentang tahap kecintaan yang ketujuh (shaghaf), Cinta yang meresap ke dalam lubuk hati Zulaikha ini menyebabkan dia sangup dicaci. Alangkah tinginya nilai cinta jika tahap kecintaan manusia kpd Allah seperti ini.
sebenarnya cinta pada ALLAh lagi AFDAL :) dan terus ke akhirat ^^
Bila sebut cinta Allah dan cinta RasulNya, pasti ada hubungkait antara kita (manusia) dgn Allah dan RasulNya; bagaimana sikap seorang hamba kpd Allah dan bagaimana pula sikap atau akhlak seorang umat kpd RasulNya. Jika kita bercinta sesama manusia kita berusaha mencari titik keserasian antara kita tetapi adakah kita berusaha mencari titik pertemuan dalam semua perkara supaya serasi dengan perintah Allah? Apakah kita telah berusaha bersungguh2 untuk mencintai apa2 yg Allah cintai dan membenci apa2 yg Allah benci? .. Adakah bersesuaian sikap kita dengan apa yang Allah suka dan apa yang Allah benci. Dalam al-Quran banyak menyebutkan bahawa hanya org2 yg membawa hati yg sejahtera sahaja yg akan menemui Allah / diterima Allah. Oleh itu prosestakhalli, tahalli dan tajalli perlu ditempoh (dgn berusaha bersungguh2) oleh setiap org bagi memastikan mendapat hati yg sejahtera.
Banyak sifat2 mahmudah yg perlu disemaikan dalam jiwa kita untuk mendapatkan hati yg sejahtera yang akhirnya diterima oleh Allah. Sifat pertama yg perlu ada pada kita ialah:CINTA KPD ALLAH atau HUBBULLAH atau MAHABBATULLAH.
Banyak sifat2 mahmudah yg perlu disemaikan dalam jiwa kita untuk mendapatkan hati yg sejahtera yang akhirnya diterima oleh Allah. Sifat pertama yg perlu ada pada kita ialah:CINTA KPD ALLAH atau HUBBULLAH atau MAHABBATULLAH.
Dalam dunia akhlak, CINTA KPD ALLAH merupakan tempat persinggahan bg sesiapa yg berjalan menuju Allah, menjadi santapan hati, makanan roh; ertinya hati sentiasa sihat dan kenyang apabila ada rasa cinta kpd Allah; CINTA KPD ALLAH merupakan kehidupan sehingga orang yg memilikinya tak pernah mati, CINTA KPD ALLAH ialah cahaya/nur, sesiapa yg memiliki cinta ini tidak akan merasai kegelapan. Cinta adalah kelazatan, sesiapa yang memilikinya pasti tidak merasai kesengsaraan. Cinta pasti menghantar seseorang ke tempat tujuan yg hendak dicapai, bahkan sesiapa yang ADA PADA HATINYA CINTA KPD ALLAH digambarkan oleh Allah hamba yg paling ideal. DIA MENCINTAI ALLAH DAN ALLAH MENCINTAINYA. Ini digambarkan oleh Allah dalam surah Al-Maidah ayat 54
يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ مَن يَرۡتَدَّ مِنكُمۡ عَن دِينِهِۦ فَسَوۡفَ يَأۡتِى ٱللَّهُ بِقَوۡمٍ۬ يُحِبُّہُمۡ وَيُحِبُّونَهُ ۥۤ أَذِلَّةٍ عَلَى ٱلۡمُؤۡمِنِينَ أَعِزَّةٍ عَلَى ٱلۡكَـٰفِرِينَ يُجَـٰهِدُونَ فِى سَبِيلِ ٱللَّهِ وَلَا يَخَافُونَ لَوۡمَةَ لَآٮِٕمٍ۬ۚ ذَٲلِكَ فَضۡلُ ٱللَّهِ يُؤۡتِيهِ مَن يَشَآءُۚ وَٱللَّهُ وَٲسِعٌ عَلِيمٌ (٥٤
Maksudnya:Wahai orang-orang yang beriman! Sesiapa di antara kamu berpaling tadah daripada agamanya (jadi murtad), maka Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Dia kasihkan mereka dan mereka juga kasihkan Dia; mereka pula bersifat lemah-lembut terhadap orang-orang yang beriman dan berlaku tegas gagah terhadap orang-orang kafir, mereka berjuang dengan bersungguh-sungguh pada jalan Allah dan mereka tidak takut kepada celaan orang yang mencela. Yang demikian itu adalah limpah kurnia Allah yang diberikanNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya; kerana Allah Maha Luas limpah kurniaNya, lagi Meliputi PengetahuanNya. (Al-Maidah - 54)
Cintailah aLLah melebihi segala-galanya yang berada di bumi ini :)
**cintakan bunga akan layu...cintakan manusia akan mati....cintakan ALLAH kekal abadi...itulah cinta yang sejati :) **
P/S : nak bercinta boleh !! tapi jangan bercinta melebihi cinta kita pada allah . :)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan